Kenyang Dapat Jemputan Raya!

Alhamdulillah..
Macam yang Dura cakap sebelum ni.. Raya Aidilfitri kami kali ini memang hambar je. Tapi, walaupun kekurangan mood, kami masih juga pergi ke jemputan-jemputan raya oleh saudara-mara dan jiran tetangga.. Ye lah, Hari Raya adalah hari meraikan, betul tak. Tak elok pula nak bersedih di bulan yang Syawal ini.

Bila pergi jemputan raya ni, perkataan paling sesuai adalah KENYANG! Serius, bila orang dah ajak datang, biasanya mereka akan sediakan hidangan berat. Masa tu, kalau dalam satu hari ada 3 jemputan; Ya Ampun! Rasa perut memBOROI juga lah๐Ÿ˜‚ Haha. Tapi, yang paling seronok, budak-budak 3 serangkai ni ler.. suka sangat melaram pakai baju raya. Bajunya ade 2 helai aje, tapi dok ulang-ulang pakai pun takpe, dah memang depa suka baju tu๐Ÿ˜

 Yang ni jemputan ke majlis hari jadi cucu saudara Opah.. Meriah bangat, siap ade 'clown' gitu ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜†

Dapat pedang hasil tangan clown tadi ๐Ÿ˜†๐Ÿ™Š

Dari jiran tetangga, hinggalah ke sedara-mara, kenyang juga makan hidangan yang disediakan. Yang penting, bukan hidangannya.. Tapi amalan kita ziarah - menziarahi. Boleh berborak panjang dengan kengkawan yang dah lama tak jumpa, boleh mengeratkan silaturrahim, sambil tu boleh jumpa kawan baru, macam 3 serangkai ni ๐Ÿ˜€

Beraya di rumah saudara-mara.

Sambil beraya, dapat kawan baru ๐Ÿ˜Š

Yang ni kawan baik AbangYan, PakSu Akim namanya๐Ÿ˜Š

Yang paling kelakar AbangYan lah. Sejak arwah pergi, AbangYan bukan main suka lagi bermain dengan PakSu Akim dia. Pantang jumpa, dia ikut je kemana PakSu nya tu pergi ๐Ÿ˜‚ Kadang-kadang, PakNgah ade kat sebelah AbangYan pun, AbangYan dok kejar PakSu Akim juga. Dura pun tak pasti kenapa ๐Ÿค” Dah macam kawan baik dia pulak bila ditengok๐Ÿ˜ Tapi, Dura syukur, kerana AbangYan sekarang dah tak takut orang. Senang sikit Mama nak bawa AbangYan dan kekakaks beraya di rumah sedara-mara๐Ÿ˜˜

Opah pun ade juga buat jamuan raya untuk jirang tetangga. Tapi kali ni kocik-kocik aje, sebab rumah kami makin kocik. Dah dipenuhi dengan barang-barang Dura masa kami pindah ke sini dulu ๐Ÿ˜‚Dura pun tak mampu nak ajak officemate dan kengkawan lama datang rumah ni๐Ÿ™ Tapi insyaAllah, ade rezeki umur panjang, bila Dura dah bersedia, Dura buat jemputan untuk rakan taulan semuaโ˜บ

Mee rebus aje hasil air tangan Opah๐Ÿ˜†Tapi habis licin wooo ๐Ÿ˜„๐Ÿ™Š





#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #TheZizisJourney #KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari #BloggerMalaysia #ParentingBlogger #LifestyleBlogger #PartTimeBlogger #HariRayaAidilfitri #EidMubarak


Labels: , ,