Kene bisa serangga ke?


Dua hari lepas, KakLong menangis sebelum tidur. Katanya jarinya sakit. Masa tu, Dura tengok macam kene gigit nyamuk aje merahnya tu. Dura pun sapu minyak sikit kat jarinya tu. Dura suruh dia tidur, dengan harapan esok sembuh la sakitnya tu.

Esoknya dia pergi sekolah macam biasa. Malamnya tu, rupanya jarinya makin bengkak. Lepas tu macam ade gelembung air. Dura tengok pun rasa seriau. Macam kene bisa serangga pun ade. Tapi bila tanya, KakLong kata jarinya jadi camtu sebab dia tarik kulit lebih yang ade celah kukunya tu. Pulak!

Ye tak ya, pagi tadi, Opah dan Atok bawa KakLong dan KakNgah pergi pusat kesihatan di AU2. Doktor pun tak pasti sebab apa, tapi dia berikan ubat rendaman untuk jari dan ubat makan. Katanya, jangan pecahkan gelembung tu, takut bertambah sakit pulak, biar ia pecah sendiri.

Kesian tengok KakLong, disebabkan jari tu, pergerakan pun terbatas sebab dia risau jarinya terlanggar apa-apa. Itu pun nak juga dia pergi sekolah petang sebab boleh lagi menulis guna tangan kanan. Mama doakan, supaya KakLong sembuh cepat😔





#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #TheZizisJourney #KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari #MalaysianBlogger #ParentingBlogger #MomBlogger #IbuTunggal #AnakYatim #BloggerKualaLumpur

Popular posts from this blog

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Yeeehuuuu!!! Dexandra Perfumes dah restocked!!

I LOVE LOVE LOVE DEXANDRA PERFUME!