Beraya Juga Kami di Kampung


Selamat Hari Raya Aidilfitri☺

Semalam, Hari Raya Pertama. Seawal pagi dah hujan lebat. Awan pun gelap sahaja. Apa lagi, bertambah mendung la perasaan di hati nak sambut raya. Almaklum, tahun ini adalah tahun pertama Dura beraya tanpa Iby yang sudah pergi menghadap Ilahi sembilan bulan yang lepas. Memang kekok rasanya tapi Dura cuba gembirakan diri sendiri πŸ™ Tunggu punya tunggu; Alhamdulillah, jam 7.45am hujan dah reda. Maka, solat sunat Aidilfitri di surau terdekat rumah kami berjalan dengan lancar.

Selesai solat sunat di surau, kami makan-makan dulu. Menunya, lemang dan rendang serta nasi impit kuah kacangπŸ˜€ Itu hidangan untuk breakfast sampai ke lunch okeh😁 Tapi Dura kene maintain makan sikit aje macam masa bulan Ramadhan, kalau tak nanti berat naik balik. Sebab sebelum ni berat dah susut sikit (aje); seluar yang ketat dah boleh pakai balik πŸ™ŠπŸ˜

Lemang tu beli punya. Yang lain air tangan mak πŸ˜™πŸ˜πŸ‘

Lepas makan.. sesi bersalam-salaman memohon ampun dan maaf. Kitorang kalau time camni, memang akan menitiskan airmata terutamanya bila salam mak abah. Momen yang penuh emosi. Apatah lagi ini kali pertama Dura dan anak-anak beraya tanpa arwah Iby. Terasa sangat hiba di hati, sebab sudah tiada lagi tangan yang Dura boleh salam memohon ampun dan maaf sebagai seorang isteri😒 Dura pun berharap agar Mak Abah bersabar dengan Dura dan karenah 3 serangkai selagi mana kami masih tinggal bersama mereka.

Yang ni pulak sesi bergambar.. #oursmallbigfamily 😊
Senyum sebab masing-masing baru lepas dapat duit raya 😁

Mula-mula kami plan nak beraya di KL aje, di rumah sendiri. Tapi keluarga sebelah emak dah berkumpul di rumah MakLang di Bukit Beruntung. Maka, kami pun akhirnya beraya jugalah di sana. Di sana kami beraya sekejap aje, sebab memasing nak beraya di kampung sebelah Mak iaitu di Tanjung Malim. Maka, bertolaklah kami ke Tanjung Malim, yang perjalanannya jem sekejap- sekejap. 

Posing sikit sebelum bertolak ke Tanjung MalimπŸ˜€

Disebabkan kami tiba di sana sudah petang, maka tak banyak rumah yang dapat kami ziarah. Cuma pergi beraya di rumah saudara - mara terdekat aje. Tapi, itu pun, pukul 9.30pm baru kami bertolak pulang dari Tanjung Malim. Di sana kami bersolat jamak dan qasar sahaja. Tapi jenuhnya nak melilit balik shawl yang Dura pakai tuπŸ˜‚ Time tu lah rasa macam menyesalnya pakai shawl😭πŸ˜₯😩

3 serangkai bersama PakCik - Pakciknya yang gigih bermain bubbles di kampung 😁

Apa -apa pun, Dura rasa sangat bersyukur dengan keluarga dan saudara - mara yang sangat memahami dan supportive keadaan serta situasi kami terutama terhadap 3 serangkai ini. Dura rasa terharu sangat. Pada Dura, asalkan KakLong, KakNgah dan AbangYan rasa bahagia dan ceria di Hari Raya Aidilfitri ini sudah cukup buatkan Dura juga rasa gembira☺.




#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #TheZizisJourney #DuraNorellandTheZizis #KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari #BloggerMalaysia #ParentingBlogger #MomBlogger #LifestyleBlogger #BlogIbuTunggal #BlogAnakYatim #BlogMalaysia #HariRayaAidilfitri #EidMubarak

Popular posts from this blog

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Yeeehuuuu!!! Dexandra Perfumes dah restocked!!

I LOVE LOVE LOVE DEXANDRA PERFUME!