Badan dan Mental Terlalu Letih!

Ada jam loceng pun tak dapat membantu kejutkan Dura bangun sahur
setiap hari 😭

Alhamdulillah.. Sejak bermula bulan Ramadhan, Dura sempat berbuka di rumah bersama keluarga setiap hari. Walaupun balik terpaksa meredah jem yang sangat menggugat kesabaran dan kekuatan kaki (terpaksa tekan brek dan gear 1 berkali-kali naik 4 flyover!), tapi berjaya juga Dura tiba di rumah dengan selamat.. Alhamdulillah..

Tapi, bulan Ramadhan ni, badan Dura ni lebih letih dan less energy dari biasa. Pukul 9.00pm mata dah xlarat nak buka, tapi gagahkan juga diri solat terawih di rumah 8 rakaat, lepas tu terus gosok baju kerja untuk dipakai esok. Pukul 10.30pm Dura dah tidur. Umpama bila balik rumah, energy badan tinggal 2% je dan perlu dicas serta-merta!

Paling teruk, beriya Abah belikan jam loceng untuk Dura bangun masak dan sahur, tapi kebanyakan masa, Dura langsung tak dengar bunyi jam tu! Adoii!! Itu bermakna badan Dura memang dah serius kepenatan. Penat bangun awal, penat drive, sakit badan di ofis sebab duduk 8 jam, drive balik meredah jem.. All in one! Almaklum, Dura pun dah 33 tahun, baru start keje ofis semula.. badan pun terkujat giler lah dengan perubahan aktiviti harian ni yang baru ni kan 😀

Nasib baik Mak ada.. Mak yang kejutkan kalau Dura tak terjaga awal. Hmmm, apo nak jadi kat den ni. Dah macam anak dara pulak, mak yang kene kejutkan bangun sahur 😥 Ampun ya Mak.. 

Tapi, Dura harap, soon, badan dan mental Dura kembali cergas. Kalau berterusan cenggini, kesian kat anak-anak nanti.. Tak dapat bermanja dengan Mamanya macam dulu.. Sedangkan masa kat ofis, rindu betul Dura kat budak-budak 3 serangkai tu terutama AbangYan. Semoga dimakbulkan doa yang satu ini..




#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #TheZizisandMe #KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari #BloggerKualaLumpur #BloggerMalaysia #ParentingBlogger #LifestyleBlogger #MomBlogger #IbuTunggal #RamadhanAlMubarak #BulanPuasa #MyRealLifeJourney

Popular posts from this blog

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Yeeehuuuu!!! Dexandra Perfumes dah restocked!!

I LOVE LOVE LOVE DEXANDRA PERFUME!