AbangYan dan Pisang

Tau la suka nau makan pisang.. Tapi.. kulit pisang kat belakang tu jangan lupa
buang dalam tong sampah ye, AbangYan πŸ˜‚

Sabtu lepas AbangYan seronok ikut Opah pergi Pasar Tani yang bermula jam 8am hingga 1pm. 1st time dia ikut sejak kami berempat tinggal di KL ni. Seawal 9am Opah, Atok dan AbangYan keluar rumah. Memang kene keluar awal sebab parking cepat je penuh, kang tak pasal-pasal kene pulak berjalan jauh nak ke Pasar Tani tu.

Cari apa di Pasar Tani?
Ehh, jangan tak tau, Pasar Tani sekarang ni dah macam Lazada, semua benda boleh dicari di situ. Bukan sekadar jual barang basah dan buah-buahan je macam dulu-dulu. Nak tempah langsir, beli tudung, produk kecantikan, breakfast? Semua ada di Pasar Tani! Kalau bulan puasa macam ni, semestinya ada orang jual kuih raya jugaπŸ˜†

Tahun ni kitorang memang tak sempat buat kuih raya, busy kerja. Sebab tu Opah pi Pasar Tani, nak cari kuih raya. Cari punya cari, last-last Opah berkenan kat kuih chocolate chip dan bangkit cheese; selebihnya kerepek dan kekacang πŸ˜€

AbangYan pulak, ternampak buah feveret dia; PISANG. Memang pantang jumpa, kadang-kadang hari ni beli, hari ni juga habisnya πŸ™ŠKat Pasar Tani tu, dan dan je AbangYan nak makan kat situ juga😊 Terus Opah beli setandan pisang emas dibawa belayar heheh. Belum sampai rumah, separuh tandan dah habis dimakan dek AbangYan. Bila balik rumah, AbangYan kata, "Mama, best tadi Abang makan banyak pisang dekat kedai" hahaha.. πŸ˜„




#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #TheZizisJourney #MyAbangYan #KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari #MalaysianBlogger #BloggerKualaLumpur #ParentingBlogger #LifestyleBlogger #BloggerMom #PasarTaniSetiawangsa #AnakYatim #IbuTunggal 

Popular posts from this blog

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Yeeehuuuu!!! Dexandra Perfumes dah restocked!!

I LOVE LOVE LOVE DEXANDRA PERFUME!