Posts

Showing posts from June, 2017

Beraya Juga Kami di Kampung

Image
Selamat Hari Raya Aidilfitri☺

Semalam, Hari Raya Pertama. Seawal pagi dah hujan lebat. Awan pun gelap sahaja. Apa lagi, bertambah mendung la perasaan di hati nak sambut raya. Almaklum, tahun ini adalah tahun pertama Dura beraya tanpa Iby yang sudah pergi menghadap Ilahi sembilan bulan yang lepas. Memang kekok rasanya tapi Dura cuba gembirakan diri sendiri ๐Ÿ™ Tunggu punya tunggu; Alhamdulillah, jam 7.45am hujan dah reda. Maka, solat sunat Aidilfitri di surau terdekat rumah kami berjalan dengan lancar.
Selesai solat sunat di surau, kami makan-makan dulu. Menunya, lemang dan rendang serta nasi impit kuah kacang๐Ÿ˜€ Itu hidangan untuk breakfast sampai ke lunch okeh๐Ÿ˜ Tapi Dura kene maintain makan sikit aje macam masa bulan Ramadhan, kalau tak nanti berat naik balik. Sebab sebelum ni berat dah susut sikit (aje); seluar yang ketat dah boleh pakai balik ๐Ÿ™Š๐Ÿ˜

Lepas makan.. sesi bersalam-salaman memohon ampun dan maaf. Kitorang kalau time camni, memang akan menitiskan airmata terutamanya bila s…

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Image
Dura dan family ucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta kepada para pembaca yang budiman serta seluruh muslimin dan musliman. Jangan lupa minum kopi supaya anda tidak mengantuk semasa memandu dalam perjalanan pulang ke kampung halaman atau kembali pulang ke rumah☺. Pandulah berhati-hati; pandu cermat jiwa selamat๐Ÿ‘


#BlogDuraNorell #DuraNorellandTheZizis #KBbA9 #SelamatHariRayaAidilfitri #ParentingBlogger #LifestyleBlogger #MalaysianBlogger #IbuTunggal #AnakYatim





Orang dah bercuti, tapi kami..

Alkisah..
Semalam (Jumaat) Dura last day kerja, sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri. Sebenarnya, semua member ofis Dura yang Melayu dah mula bercuti semalam kecuali Dura dan sorang lagi member. Dura tak dapat cuti sebab masih berstatus pekerja baru, yang sorang lagi sebab dia sebelum ni dah bercuti panjang. Maka, kami pun bekerja kesunyianlah. Tapi bukan berdua aje, tapi bersama member Chinese yang ada dalam ofis ๐Ÿ˜€ Cuma macam tak best lah, selalu meriah, hari ni baaanyak meja kosong ๐Ÿ˜ฏ
Selalunya, last day keje, bos bagi balik awal (Melayu je lah sempena hari raya). Tapi jenuh la kitorang tunggu sampai dah nak jam 3pm, tapi bos macam tak hengat je. Semacam aje sibuknya semalam. Kejap-kejap minta report itu, report ini.. "Rasa macam tak dapat balik awal je kita ni", kata member ofis. Adeh, yer ka? Tapi camne ni? Mood bekerja pun dah takde ni ๐Ÿ˜ฉ
Tunggu punya tunggu. Last-last, jam di dinding menunjukkan pukul 5.15pm. Memang dah sampai time balik kerja dah pun. Hmmm, nampaknya, …

Rezeki 3 Serangkai Di Bulan Ramadhan

Image
Dua hari lepas, KakNgah terima jemputan ke Program Inspirasi Ramadhan YaPEIM di Dewan RISDA, Ampang. Program tu bermula dari jam 3.00pm dan berakhir dengan majlis berbuka puasa. Mula-mula, Dura tolak jemputan tu sebab syaratnya Ibu atau Bapa perlu bawa anak yatim sendiri ke sana. Dura kerja, tak sempat nak sampai rumah awal, dengan jem lagi.. Tapi rezeki dia, cikgu sekolahnya baik hati nak tolong bawakan dia pergi dan balik. Dura izinkan aje lah. Di sana anak-anak yatim terima sumbangan dari YaPEIM berupa hamper makanan dan angpau. Alhamdulillah, rezeki KakNgah di bulan Ramadhan๐Ÿ˜Š 
Dan yang sebetulnya, KakLong pun ade terima jemputan Program YaPEIM ini di sekolahnya. Tapi bukan rezeki KakLong, sebab sekolah minta ibu atau bapa hantar anak yatim sendiri ke RISDA. Jadi, Dura terpaksa tolak jemputan macam yang Dura buat pada jemputan KakNgah di awalnya tu. Jadi, takde siapa yang dapat bawa dan jaga KakLong di sana.
Semalam pula, KakLong dan KakNgah masing-masing terima bantuan sumbangan…

Berbuka Puasa anjuran Parlimen Setiawangsa

Image
Hari Sabtu baru-baru ini, Dura sebagai ibu tunggal dan beberapa jiran yang lain dapat jemputan ke Majlis Berbuka Puasa anjuran Ahli Parlimen Setiawangsa iaitu Dato' Fauzi Zahari yang bertempat di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa. Para jemputannya adalah golongan asnaf yang tinggal di bawah Parlimen Setiawangsa seramai 800 orang. Dura pun asnaf juga, ibu tunggal yang menyara 3 orang anak, dengan gaji yang ciput aje.
Majlis ni bermula 5.30pm hingga selepas Maghrib. Dura pi sana dengan kawan Mak, iaitu Makcik Ju. Masa mula-mula sampai, kami tengok ade khemah besar di laman depan masjid dan dibawahnya tersusun banyak meja-meja catering. Kami pun daftar kehadiran dulu dengan Pengerusi Blok kami, kemudian terus duduk di meja catering. Tepat jam 6.30pm, Dato' Zahari memberi ucapan perasmian. Kemudian beliau dan anak lelakinya menyampaikan sumbangan angpau dan cenderahati kepada asnaf di setiap meja catering.
Sebaik sahaja azan Maghrib dialunkan, kami semua pun berbuka puasa denga…

Ziarah Iby Sebelum Raya..

Dura memang dah berhajat nak ziarah arwah Iby di Seksyen 21 Shah Alam minggu ini. Sebab minggu depan dah nak raya. Kita digalakkan ziarah kuburan sebelum raya sebab Hari Raya adalah untuk bergembira, bukan bersedihan meratapi insan tersayang.
Kebetulan pula, Dura dapat call dari Masjid di sana, berkenaan majlis sumbangan untuk anak-anak yatim. Rezeki anak-anak Dura si 3 serangkai di bulan Ramadhan ini. Majlisnya berlangsung pagi tadi jam 10am. Ringkas aje programnya, jadi, pukul 11.30am, majlis selesai.
Habis aje majlis di masjid, Dura dan anak-anak bersama Atok pergi ke kuburan. Sedih sungguh bila tiba di kubur. Tempat tinggal Iby yang baru, sejak 9 bulan lepas. Apa khabar Iby di sana? Kubur-kubur pun sudah memenuhi setiap ruang di 2 buah kawasan. Dura nampak lori kecil sedang bersihkan kawasan ke-3, yang mungkin esok lusa bakal ade penghuni pertamanya di situ. Bermaksud, ramai yang sudah 'pergi' meninggalkan alam dunia ini sejak 9 bulan lepas.
Kami beri salam di kuburan. Ka…

Surya Apple Cider Vinegar | Detoks dan Diet Sihat

Image
Dura memang tengah serabut pikir camne nak kuruskan badan ni ๐Ÿ˜ฅ Berat sekarang 59kg. Dura terpaksa beli baju dan seluar baru sebab dulu size M, sekarang size XL๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ. Paling teruk, badan selalu rasa gatal-gatal bila berpeluh, tandanya toksin berlebihan dalam badan! Pendek kata, sekarang badan rasa sangat tak selesa dan hilang keyakinan diri ๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜”.

Sangat kebetulan!
Tengah kepala serabut fikir masalah berat badan; ternampak pula iklan Apple Cider Vinegar di tv atau dalam bahasa Melayunya cuka epal. Memang ade banyak cuka epal di pasaran tapi kebanyakannya produk dari luar negara. Tapi Apple Cider Vinegar yang satu ni memang menarik perhatian Dura sebab :
๐Ÿ‘ia keluaran Malaysia iaitu oleh Surya Malaysia
๐Ÿ‘produknya ditambah dengan madu asli (tiada gula tambahan)
๐Ÿ‘disahkan halal dari Jakim
๐Ÿ‘boleh diminum oleh semua peringkat umur.

Paling penting, Surya ACV ni memberikan banyak manfaat dan khasiat seperti :
๐Ÿ‘‰bantu lawaskan sistem pencernaan dan kurangkan berat badan berlebihan
๐Ÿ‘‰singk…

Kene bisa serangga ke?

Image
Dua hari lepas, KakLong menangis sebelum tidur. Katanya jarinya sakit. Masa tu, Dura tengok macam kene gigit nyamuk aje merahnya tu. Dura pun sapu minyak sikit kat jarinya tu. Dura suruh dia tidur, dengan harapan esok sembuh la sakitnya tu.
Esoknya dia pergi sekolah macam biasa. Malamnya tu, rupanya jarinya makin bengkak. Lepas tu macam ade gelembung air. Dura tengok pun rasa seriau. Macam kene bisa serangga pun ade. Tapi bila tanya, KakLong kata jarinya jadi camtu sebab dia tarik kulit lebih yang ade celah kukunya tu. Pulak!
Ye tak ya, pagi tadi, Opah dan Atok bawa KakLong dan KakNgah pergi pusat kesihatan di AU2. Doktor pun tak pasti sebab apa, tapi dia berikan ubat rendaman untuk jari dan ubat makan. Katanya, jangan pecahkan gelembung tu, takut bertambah sakit pulak, biar ia pecah sendiri.
Kesian tengok KakLong, disebabkan jari tu, pergerakan pun terbatas sebab dia risau jarinya terlanggar apa-apa. Itu pun nak juga dia pergi sekolah petang sebab boleh lagi menulis guna tangan kana…

Sedih Tinggalkan Anak-Anak..

Image
Lately, AbangYan selalu bangun sahur. Tau-tau je dia dah ade di ruang tamu masa Dura tengah sibuk siapkan hidangan untuk sahur. Kadang-kadang AbangYan terus bersahur dengan kami, makan roti dan minum Milo. Kadang-kadang dia jaga sebab ngigau aje, sampai ruang tamu dia tidur balik.
Tapi, AbangYan bangun sahur pun bukan bermakna AbangYan puasa tau! ๐Ÿ™Š sebab AbangYan ni sejak kecik sampai lah umur 4 tahun ni, setiap kali dia bangun tidur kalau tengok Dura takde sebelah dia, confirmed dia akan nangis, memang tidak dapat dinafikan lagi ๐Ÿ˜ฅ Jadi, Dura rasa AbangYan selalu bangun sahur ni pun sebab takut kena tinggal; ye lah, dia tahu setiap pagi Dura pi kerja. Tiga minggu lepas, AbangYan meraung bagai nak rak, sebab dia ternampak Dura bersiap nak pi kerja; dia nak ikut ๐Ÿ˜”

Sedih bila tinggalkan anak-anak dalam keadaan macam tu bila kita nak bekerja kan? Macam Dura ni, dah 4 tahun jaga AbangYan, dah 7 dan 8 tahun jaga KakNgah dan KakLong.. Tak pernah sekali pun Dura tinggalkan mereka dengan or…

AbangYan dan Pisang

Image
Sabtu lepas AbangYan seronok ikut Opah pergi Pasar Tani yang bermula jam 8am hingga 1pm. 1st time dia ikut sejak kami berempat tinggal di KL ni. Seawal 9am Opah, Atok dan AbangYan keluar rumah. Memang kene keluar awal sebab parking cepat je penuh, kang tak pasal-pasal kene pulak berjalan jauh nak ke Pasar Tani tu.
Cari apa di Pasar Tani?
Ehh, jangan tak tau, Pasar Tani sekarang ni dah macam Lazada, semua benda boleh dicari di situ. Bukan sekadar jual barang basah dan buah-buahan je macam dulu-dulu. Nak tempah langsir, beli tudung, produk kecantikan, breakfast? Semua ada di Pasar Tani! Kalau bulan puasa macam ni, semestinya ada orang jual kuih raya juga๐Ÿ˜†

Tahun ni kitorang memang tak sempat buat kuih raya, busy kerja. Sebab tu Opah pi Pasar Tani, nak cari kuih raya. Cari punya cari, last-last Opah berkenan kat kuih chocolate chip dan bangkit cheese; selebihnya kerepek dan kekacang ๐Ÿ˜€

AbangYan pulak, ternampak buah feveret dia; PISANG. Memang pantang jumpa, kadang-kadang hari ni beli, …

Member Card Watson Yang Pelbagai Guna

Image
Sejak Dura start kerja, kene lah bayar parking kereta. Kat kawasan tu, satu jam RM1, kalau dah kerja sampai petang, dah berapa RM pulak kan? Pulak tu, pilihan di mesin parking tu hanya ade untuk duit syiling atau kad Touch-n-Go aje. Nak bayar pakai duit syiling? Memang koyak la poket bawak duit syiling sebeban setiap hari. Masa tu Dura terfikir, "Aduhh, manalah pi kad TouchnGo aku yang lama tu ya?"
Ye tak ya, pinjam kad TouchnGo abah dulu. Bukan main sodap lagi Dura guna kad abah tu setiap hari. Almaklum, jumlahnya macam prepaid, kemain banyak heheh. Tapi Abah pulak payah nak gerak sebab takde kad TnG tu. "Ish, aku kene beli jugalah kad TouchnGo yang baru".
Kemudian, Dura teringat kad keahlian Watson yang Dura dapat masa register membership awal tahun ini, konon nak collect point lah sebab selalu juga ke Watson ๐Ÿ˜†. Masa tu Dura bayar RM18 untuk one time registration fee, dan diberikan kad Watson. Di kad tu ade logo TouchnGo. Bila Dura tengok semula, rupanya kene d…

Berbuka Puasa di Surau Al-Rasyidin Puncak Setiawangsa

Image
Pada hari Ahad 4 Jun yang lepas, Dura dan 3 serangkai bersama Opah hadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Pengurusan Surau Al-Rasyidin yang terletak di puncak Setiawangsa, Taman Setiawangsa. Dura dapat jemputan ini melalui guru sekolah KakLong di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa; yang mana anak-anak yatim dari sekolah ini semuanya dijemput menghadiri majlis tersebut.

Sebenarnya, majlis tu bukan setakat majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim, tetapi juga ada ceramah Penghayatan Ramadhan Untuk Anak-Anak bersama penceramah jemputan iaitu PU Hafiz dari program Pencetus Ummah. Haa, tu yang Opah dan Dura excited nak pergi majlis berbuka tu hihi. Walaupun tujuannya adalah untuk motivasi anak-anak, tapi pengisiannya memang berguna untuk para ibu bapa juga. PU Hafiz pun jenis slumber jer orangnya. Ceramahnya pun menceriakan dan kelakar ๐Ÿ˜Š
Ceramah bermula jam 5.30pm, tamat jam 7.00pm. Lepas tu, ada sesi kuiz untuk anak-anak yatim yang hadir. Kemudian, bila tiba Maghrib, kami berbuka puasa denga…

Badan dan Mental Terlalu Letih!

Image
Alhamdulillah.. Sejak bermula bulan Ramadhan, Dura sempat berbuka di rumah bersama keluarga setiap hari. Walaupun balik terpaksa meredah jem yang sangat menggugat kesabaran dan kekuatan kaki (terpaksa tekan brek dan gear 1 berkali-kali naik 4 flyover!), tapi berjaya juga Dura tiba di rumah dengan selamat.. Alhamdulillah..
Tapi, bulan Ramadhan ni, badan Dura ni lebih letih dan less energy dari biasa. Pukul 9.00pm mata dah xlarat nak buka, tapi gagahkan juga diri solat terawih di rumah 8 rakaat, lepas tu terus gosok baju kerja untuk dipakai esok. Pukul 10.30pm Dura dah tidur. Umpama bila balik rumah, energy badan tinggal 2% je dan perlu dicas serta-merta!
Paling teruk, beriya Abah belikan jam loceng untuk Dura bangun masak dan sahur, tapi kebanyakan masa, Dura langsung tak dengar bunyi jam tu! Adoii!! Itu bermakna badan Dura memang dah serius kepenatan. Penat bangun awal, penat drive, sakit badan di ofis sebab duduk 8 jam, drive balik meredah jem.. All in one! Almaklum, Dura pun dah 33…