Belum ade rezeki lagi untuk KakNgah tukar sekolah..


Ingat tak Dura citer pasal mohon pertukaran sekolah KakNgah tu. Dura punya lah berdebar-debar bila pi ke Pejabat Pendidikan Daerah Wilayah Keramat di bangunan TH Selborn tu. Ye lah, perkara yang paling Dura nak sangat buat adalah tukarkan KakNgah masuk sekolah KakLong atau sekolah lebih dekat. Takde lah bazir masa atas jalan terlalu lama.

Sampai-sampai je kat PPD tu, terus cakap kat pegawai nak mohon pertukaran sekolah anak. Tapi, pegawai tu kata, "Minta maaf puan. Kami baru dapat arahan untuk stopkan dulu urusan pertukaran masuk ke sekolah tu. Sebab sekarang ni, pelajar tahun satu sekolah tu tersangat ramai, padat dalam setiap kelas. Kalau puan hantar borang sekarang pun, kami tak boleh proceed apa-apa".

Apa? Biaq betul? Adoyaiii.. Rasa nak pitam dengar. Jenuh Dura explain kat pegawai tu tentang sesi persekolahan KakNgah dan KLong yang berbeza tu, lepas tu lokasi sekolah KakNgah sekarang yang jauh dari rumah. Tapi tu semua tak mengubah apa-apa. Dan kalau nak tau, PPD yang Dura pergi ni adalah PPD yang uruskan sekolah pilihan kedua dalam surat pertukaran ni.

Dura call pula PPD Wilayah di Jalan Duta yang uruskan sekolah pilihan pertama kami iaitu sekolah berprestasi tinggi. Sekolah ni memang dekat giler dengan rumah. Kalau sesak2 takde kereta nak hantar, boleh jalan kaki aje ke sekolah. Tapi malangnya, jawapan mereka sama juga. Mereka kata, paling awal kalau nak try mohon lagi sekali adalah pada hujung bulan dua atau awal bulan tiga.

Hmmm, rupanya, belum ade rezeki lagi KakNgah nak tukar sekolah dekat. Bersabarlah wahai hati. Dura rasa, setahun pertama selepas permergian arwah Iby ni memang kelam kabut, stress dan letih. Masing-masing terpaksa sesuaikan diri dengan keadaan baru, tempat baru, jadual kehidupan yang baru, tugas baru. Semoga, selepas ini setiap urusan kami dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT. Amin.



Labels: , ,