Kek Batik

Hak Milik DuraNorell | Blogger Malaysia | Team KBBA9 | http://dnorell.blogspot.my | Email : dura.norell@gmail.com
Kek Batik, resepi dari my mom :)

Assalamualaikum.
Today nak share resepi kek kegemaran Dura, iaitu Kek Batik. Sejak zaman sekolah dulu, kek ni sentiasa menjadi kegemaran di hati Dura tau! Bila sekali-sekala emak buat, perggghh, rasa macam makan kek dari Secret Recipe gitu hehe :)
Kek ni super simple, bahan mudah dicari kat mana-mana pasaraya, dan senang bangat nak dibuat. Kepada yang belum pernah buat, sudi-sudikanlah untuk mencuba ya :)


BAHAN-BAHANNYA
-------------------------------

2 pack biskut Merrie Munchy's
1 ketul buttercup
1 cawan air
3/4 tin susu pekat manis (tin jenis tinggi)
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan serbuk Milo
3 biji telur


CARANYA
------------------

1) Patahkan setiap keping biskut Merrie kepada 4 bahagian (belah 4). Kemudian ketepikan dahulu.
2) Masukkan air, susu, Milo, serbuk koko dan telur di dalam kuali. Masakkan sampai mendidih dan sehingga kesemua bahan tersebut sebati.
3) Jangan lupa! Gunakan pemukul telur semasa mengacau kesemua bahan dalam (2) tadi.
4) Kemudian masukkan buttercup, dan kacau rata sehingga buttercup sebati dalam adunan tadi.
5) Bila kesemua dah sebati, barulah masukkan biskut dalam adunan itu. Kacau rata menggunakan sudip ya :)
6) Tutup api. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam loyang leper yang di dalamnya telah di alas dengan plastik bersih.
7) Tekan-tekan adunan menggunakan senduk supaya ianya padat ke seluruh bahagian loyang atau bekas; dan pastikan ketinggian adunan sama rata (kalau tak rata, tak cantik lah ya).
8) Bila adunan dah sedikit sejuk, boleh masukkan dalam peti sejuk (chiller) supaya ia lebih keras dan padu, nanti senang nak dipotong :) Tetapi kalau nak terus hidang pun boleh, asalkan adunan kek tu dah keras sedikit dan tidak melekit-lekit di tangan :)

Selamat mencuba! :)



#ResepiDuraNorell #BlogDuraNorell #BloggerMalaysia #ResepiKekBatik

Labels: ,