Happy Birthday AbangYan Yang Ke-3 Tahun :)


BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Birthday AbangYan 3 Tahun | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | KelabBloggerBenAshaari KBBA9 | Blogger Malaysia

#Throwback

Tanggal 24 November 2016 yang lepas, genaplah umur AbangYan tiga tahun. 

Yang sebetulnya, Dura takde lah rasa nak buat any celebration untuk birthday AbangYan ni. Ye lah, kalau ikutkan Dura ni, masih dalam mode sedih lagi. Mana taknya, kalau sebelum ini, apa-apa yang berkenaan anak-anak, mesti arwah Iby ada sekali bersama kami. Tetapi hari ini, dan mulai hari ini, hanya tinggal kami berempat sahaja. Tiada lagi suara Iby di dalam video yang dirakam setiap kali buat sambutan birthday anak-anak ini. Jadi, Dura kekurangan mood nak mencari kek bagai untuk AbangYan kali ini.

Tetapi, Mak kata, buat ajelah untuk AbangYan dan budak-budak ni. Biar mereka happy sikit. Tak elok biarkan aura sedih itu berpanjangan. Hidup mesti diteruskan. Hmm, takpe lah, demi budak-budak ni kan? Jadi, Dura pun tanya PakNgah Ajin, kot-kot boleh carikan kek untuk AbangYan nanti. Nasib baik PakNgah kata boleh. So, hari itu, kami punyalah tunggu PakNgah sampai pukul 9pm nak sambut birthday AbangYan. Ye lah, sebab kene tunggu PakNgah balik kerja dulu, baru boleh dia pi cari kek pulak huhu.. Sebab tu lah dorang ni pakai baju tidur aje huhu

So, inilah dia, kek birthday AbangYan! Cantik tak? Hehe, PakNgah kata, MakNgah yang pilih. Siap tambah toys kecik lagi kat atas kek :D

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Birthday AbangYan 3 Tahun | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | KelabBloggerBenAshaari KBBA9 | Blogger Malaysia
Pandai MakNgah pilih. Suka bangat AbangYan tengok Pororo, Doraemon dan small car atas kek tu. Siap tanya "Abang nak makan, boleh?" hihi

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Birthday AbangYan 3 Tahun | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | KelabBloggerBenAshaari KBBA9 | Blogger Malaysia
Muka birthday boy yang tengah puas hati dapat makan kek cantik dan sedap.

Kami buat untuk keluarga aje. Biar simple, but meaningful :) Budak-budak ni pun, dah cukup seronok tiap kali PakNgah dan MakNgah datang rumah :)
So.. Bila dah buat untuk AbangYan. KakLong dah KakNgah sempatlah pulak bertanya sorok-sorok kat belakang Dura, "Mama, bila nak buat Kakak dan Adik punya pulak?" Hmm, nampak gayanya, 2017, kene buat juga lah untuk KakLong dan KakNgah. Tapi, KakLong punya boleh kongsi dengan opah kot, sebab sama bulan Januari hehe :p

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Birthday AbangYan 3 Tahun | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | KelabBloggerBenAshaari KBBA9 | Blogger Malaysia
AbangYan dah tak hirau orang, leka betul dia main 'car kisik' (car kecik) dia tu :D
KakLong pulak tengah membodek nak buat sambutan birthday bulan January 2017 ini :p


BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Birthday AbangYan 3 Tahun | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | KelabBloggerBenAshaari KBBA9 | Blogger Malaysia
Bak kata Maksu Min, dalam rumah ini ada 'Budak Kembar Tiga'. Kalau sorang dapat, lagi dua orang mesti nak kene bagi juga. Jadi, PakNgah belikan 'bubble umbrella' sorang satu hehe


Tapi, yang sebetulnya, paling Dura suka dan nak puji sangat-sangat ialah keknya! Serius, memang thumbs up! Sedap giler! Luarnya pun dah cantik dengan whip cream warna-warni pelangi gitu. Isi dalamnya pulak, adalah kek chocolate span yang super lembut, dan sedap menjilat jari! Takde rasa muak langsung walau kita makan banyak kali kek ni. Kiranya tak rugi langsung lah beli hari tu. Dah la size besar, harga pulak berpatutan :) PakNgah dan MakNgah beli di Pistachio Bakery di cawangan Taman Keramat Permai. Kalau anda rajin, boleh visit official website mereka di http://www.pistachiosbakery.com okes!

And again..

"Selamat Hari Jadi yang ke-3 tahun wahai my love AbangYan.
Mama dan Appa sentiasa doakan anak Mama ni menjadi anak yang soleh dan taat pada perintah agama. Amin."


#BlogDuraNorell #TheZizisJourney #BirthdayAbangYan #PistachiosBakery #KekChocolateSpan #KekHariJadiMurah #KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari #BloggerMalaysia #WAHM 


Labels: , ,