Handphone kesayangan dah rosak...

Samsung Galaxy Grand Duo

Huaaaa..
Sedihnya rasa..
Handphone kesayangan Dura dah rosak :(
Dah beli bateri baru pun, tak mau juga dia ON.
Nazak sangat rupanya, last2, pergi juga handphone ni tinggalkan Dura huaaaa...

Memanglah ini hanya Samsung Galaxy Grand Duo je..
Tapi kalau untuk orang yang nak mencari handphone jenis smartphone, but simple and steady gitu; maka handphone ni memang tahap cambest la..
Dura suka bangat pakai handphone ni.
Plus, banyak sangat memori dan nostalgia tentang handphone ni..

1) 
Abah Dura yang belikan handphone ni 3 tahun lepas. Ingat lagi, masa tu Dura baru 3 hari lahirkan AbgYan. Orang tua-tua kata, rezeki anak lah masa tu huhu
Masa tu handphone Dura rosak, so, Abah belikan handphone ni, kira macam hadiah juga lah hihi.. so, dapatlah pengganti yang ini :)
Seronok sangat pakai, sebab sejak kecik, tak pernah la dapat hadial mahal dari Abah, ni la 1st time dapat.. masa umur dah 29 thn haha :D

2)
Masa arwah suami masih hidup, arwah selalu whatsapp Dura jika dia tengah bekerja dan tak sempat nak call. Memang penuh handphone ni dengan whatsapp2 dari arwah.
Kalau nak ikutkan, most of the time, Dura guna handphone ni untuk arwah suami aje dan family group aje.
Tapi, walaupun Dura masih simpan semua whatsapp dari arwah, Dura tak juga ade kekuatan nak membacanya semula walaupun ketika rasa rindu tersangat2.
Sebab, bila baca, terus hati menjadi sedih, teringat semula kenangan terakhir Dura dan anak2 bersama arwah.

Tu yang bila handphone Grand Duo ni rosak, Ya Allah, sedihnya tuhan je yang tau..
Rasa macam hilang kenangan bersama arwah pun ada..


So, sekarang ni, Dura pinjam ler handphone Mak dulu, Samsung Galaxy J1 Ace namanya..

Samsung Galaxy J1 Ace (former series)
Dah lama mak beli handphone ni.. Tapi..
Not bad juga handphone ni, sebab ade slot untuk 2 Simkad dan juga slot untuk MicroSD card sebagai external memori.
Jadi, semua album gambar dari handphone lama, dapat juga Dura belek2 balik dalam handphone 'baru' Dura ni hihi
Camera dia pun boleh tahan cun tau. 


Kiranya lah, kalau Mak Dura kata, "kamu ambik je la handphone Mak ni"..
Memang Dura cakap, "Syukran, tqvm mother, muah muah" hehe
Kenapa tak beli handphone baru aje? 
Sebab ape lagi??? Sebab memang takde bajet lerrr.. heeee







Labels: , ,