Berpeluh sakan pasang LEGO!

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Berpeluh Sakan Pasang Lego! | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Pandai ke nak pasang semua tu wahai anak-anakku?

Masa pi MYDIN USJ baru-baru ini, KakLong dan KakNgah sempat juga grab 2 kotak Lego tema 'Fairyland' dan 'City' untuk dipenuhkan dalam troley kitorang yang sememangnya dah terlebih muatan tu. AbangYan pula dah tak mau yang lain, nak yang Classic Train Locomotive tu juga lah! Disebabkan sudah terlalu lama dorang berangan-angan nak main benda-benda ini, which is sejak arwah Appa masih ada.. So, Dura tunaikan juga hajat dorang ni. Kasi chance sebelum sesi persekolahan bermula :)

Berpeluh sakan pasang Lego!
---------------------------------------------

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Berpeluh Sakan Pasang Lego! | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Actually ada lagi card pokok, kaunter tiker, pintu gerbang, orang dan lain-lain untuk diletak di sisi railway.
Tapi AbangYan sibuk nak duduk dalam railway, so Dura simpan dulu mende-mende tu :)

Nasib baiklah AbangYan pilih choo choo train. So, senang aje nak pasang, sebab ia ada railway dan locomotive train aje. Tak sampai 10 minit, ready to play. Cuma yang slack nya, Dura boleh lupa beli bateri kat MYDIN semalam! Adoyaiii! Jenuh selongkar semua laci dalam rumah nak mencari 6 biji bateri AA. Malangnya, dapat jumpa 4 biji bateri aje. Terpaksa lah AbangYan menahan sabar menanti esok. Sebab, keesokan harinya baru PakNgah belikan bateri sekotak hehe. So, apa lagi? Bila dah dapat bateri... Maka AbangYan pun seronok ber 'choo co choo co choo' sampai naik semput bunyi serombong asap locomotive train tu haha :D

Tapi.. masa nak pasang Lego KakLong dan KakNgah, berpeluh sakan we olls! Phewwww!!! Serius, tak pernah lah pasang permainan sampai berpeluh gini :p Apa taknya, sama ada Maksu, PakNgah atau Dura sendiri, masing-masing tak pernah main Lego yang pelbagai jenis dan bentuk cenggini huhu. Masa zaman kitorang dolu-dolu, Abah belikan Lego RM20 se tong tu je hehehe. Semua bentuk dan saiznya sama, cuma warnanya aje berbeza. Tapi jangan pandang rendah, sebab dapat juga lah kitorang buat bentuk kereta, robot, animals, rumah, pistol dan lain-lain tau! Haha

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Berpeluh Sakan Pasang Lego! | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Hai, selamat datang ke Fairyland KakLong :)

Actually, yang KakLong punya Lego tu senang sikit la berbanding KakNgah punya sebab ada lebih kurang 400+ biji Lego aje. Designnya pun tak serumit yang KakNgah punya. Nak suruh KakLong buat sorang, rasanya seminggu pun belum tentu siap. Minggu depan nak start sekolah dah. Tak sempat nanti! Hahaha. So, selepas mendapat bantuan kecemasan dari PakNgah dan Maksu serta berpandukan buku manual; maka dapatlah mereka siapkan rekaannya dalam tempoh 5 jam hehe.. Okey lah tu kan, masing-masing masih amatur gitu hehe

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Berpeluh Sakan Pasang Lego! | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Selamat bershopping di Toy Shop KakNgah :) Nak main ski pun buleh :p

Tapi yang KakNgah punya tu, kalau dibiarkan dia buat sorang, sebulan belum tentu siap! Sebab ianya ada 500+ biji Lego, design nya pula lebih banyak tricky part. So, Dura tolong KakNgah siapkan Lego nya tu. Tapi, masa mula-mula Dura tengok buku manual tu, rasa macam tengok buku binaan arkitek aje haha. Lepas tu, bila nak mencari bentuk yang ditunjukkan dalam buku manual tu, rasa macam mencari benang dalam tepung aje haha. Lepas 3x round mencari, baru jumpa bentuk dan warna yang diperlukan. Nak wat camno, den belum familiar lagi dengan bentuk-bentuk Lego ni heheh.

Dan akhirnya, selepas berhempas-pulas proses cari-mencari, susun-menyusun, sambung-menyambung, lepas tu "Alaaa, salah la pulak!".. Buka balik Lego, susun lagi, sambung lagi.. Maka, kami berdua berjaya siapkan design tersebut pada keesokan harinya! Hahaha

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Berpeluh Sakan Pasang Lego! | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Betapa mereka ini happy bila dapat Lego ni, sebab selalu mereka asik tengok orang aje beli. Bila mereka
sendiri dapat Lego ini, berkali-kali mereka ucap "Terima kasih, Mama. I love you"...

Honestly, memang kami semua masing-masing berpeluh sakan lah masa nak pasang kesemua Lego. Macam Dura cakap, masing-masing pun amateur gitu hehe. Tapi satu yang Dura rasa bagusnya Lego ni, sebab ia boleh dijadikan aktiviti indoor untuk keluarga yang mana ibu bapa boleh spend quality time bersama anak-anak untuk siapkan design-design Lego bersama-sama. Anak-anak Dura pun seronok dan teruja sangat bila kami buat aktiviti permainan ini bersama-sama :) Malahan, permainan Lego juga sangat bagus kalau dijadikan sebagai hobi di masa lapang kerana ia memerlukan fokus dan daya tumpuan serta boleh menyerlahkan kreativiti anak-anak. Plus, ia sesuai untuk kanak-kanak bermula umur 6+ :) 



#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #TheZizisJourney #KelabBloggerBenAshaari #KBBA9 #BloggerMalaysia #ParentingBlogger #LEGO #KidToys #PermainanIndoorKanakKanak #IndoorHobby #WAHM #IbuTunggal #AnakYatim


Labels: , , , , , , , ,