Bantuan Am Persekolahan Baitulmal

Borang Bantuan Am Persekolahan Baitulmal (MAIWP)

Masa orientasi Tahun Satu baru-baru ini, ibu bapa dimaklumkan bahawa ada beberapa jenis bantuan dari kerajaan yang diberikan kepada pelajar sebagai 'Bantuan Am Persekolahan'. Yang ini autocalculated dalam sistem, jadi kita tak boleh nak mohon. Hanya pelajar dari keluarga kurang berkemampuan sahaja yang layak menerima bantuan ini. Jika layak, ibu bapa akan dimaklumkan berkenaan bantuan ini.


Selain itu, ada juga Bantuan Am Persekolahan Baitulmal untuk fakir miskin atau asnaf. Yang ini, ibu bapa boleh mohon jika rasa layak. Borang permohonan boleh diperolehi dari guru Baitulmal sekolah anak anda. Isikan borang dengan lengkap dan kemudian serahkan semula kepada guru tersebut. Tetapi, kelulusan permohonan dibuat oleh pihak Baitulmal lah ye :)


So, Dura pun ambik borang, nak try mohon untuk KakNgah kot-kot layak. Rupanya, bantuan Baitulmal ni ada disediakan di setiap sekolah. Jadi, untuk KakLong punya, Dura kene mohon melalui sekolah dia pulak lah. Sebab kat setiap borang permohonan ada cop sekolah masing-masing.

Nak mohon bantuan Baitulmal ni, kena buka buku Bank Islam (buku tanpa kad) atas nama pelajar. So, Dura pi Bank Islam terdekat iaitu di Wangsa Walk. Dura ingatkan tak boleh buat dua nama, jadi Dura bawalah 3 serangkai pi bank kot kene pakai jap jari budak-budak ni. Tapi rupanya, boleh je buat 2 nama, tetapi wajib buat 'buku tanpa kad' (buku untuk budak-budak). Tapi, jangan lupa bawa IC ibu atau bapa yang original berserta sijil lahir anak tersebut yang original ya. Sila bawa bersama borang Baitulmal, untuk bolehkan anda masukkan deposit minimum dalam akaun tersebut.

Tapi semalam memang lama giler kitorang tunggu. Ye lah, dah la Hari Jumaat, kitorang pulak sampai sana pukul 10.40am. Masa tu ada 3 orang yang tunggu turn nak buka akaun. Tunggu punya tunggu, tibalah Dura punya turn pada pukul 12.15pm. Masa tu tinggal beberapa pelanggan je lagi dalam bank, guard pun dah turunkan pagar besi tu. AbangYan siap dah keboringan "Mama, jom lah jalan" (dia ajak jalan-jalan kat luar sebab lama sangat duduk dalam bank). Tup tap tup tap, pukul 12.45pm baru urusan kitorang selesai. Rupanya, kitorang pelanggan terakhir bank tu sebelum ditutup untuk waktu rehat dan Solat Jumaat huhu. Selepas tu, bank dibuka semula jam 2.30pm hehe.

Cuba aje mohon, kemudian berserah kepadaNya :)



#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #DuraNorellsInfo #TheZizisJourney #KelabBloggerBenAshaari #KBBA9 #BloggerMalaysia #ParentingBlogger #BankIslam #BantuanAmPersekolahanBaitulmal #MohonBaitulmalMelaluiSekolah #BantuanPersekolahan #BaitulmalMAIWP #IbuTunggal #AnakYatim #WAHM










Labels: , , , , ,