Tasbih, Tahmid, Takbir, Tahlil dan Istighfar setiap hari

Sumber gambar : Google

Salam Subuh semua :)

Pagi ni Dura nak share pula amalan lisan atau zikir yang kita boleh amalkan setiap hari.
Tak susah pun.. Anda boleh amalkan baca setiap kali lepas solat Fardhu.
Kalau tak sempat, sambil-sambil bersiap nak pi keje, tengah tunggu bas, atau tengah stuck di jem atau sementara tunggu nak mulakan kerja di ofis; anda boleh juga amalkan baca zikir-zikir ni. 

Ade 5 zikir utama yang Dura selalu amalkan iaitu :
1) Tasbih : Subhanallah (33×)
2) Tahmid : Alhamdulillah (33×)
3) Takbir : Allahuakbar (33×)
4) Tahlil : Lailahaillah (33×)
5) Istighfar : Astaghfirullahalazim (33×)

Zikir-zikir ni jika kita amalkan baca setiap hari, bukan sekadar dapat menambah pahala amalan kita, bahkan boleh memberikan ketenangan dan rasa syukur selain merasa nikmat kecukupan dengan rezeki Allah SWT.

Nampak macam banyak, tapi sebenarnya, sekejap aje, bila kita bacanya.
Tak ambil masa lama pun.
Cubalah amalkan. Semoga setiap kita mendapat manfaat daripadanya :)
Amin.

Labels: , ,