Tiga Serangkai dan Mama yang penat giler!

DuraNorell Properties! Do Not publish without permisson!
My beloved Tiga Serangkai

Honestly, sejak start sekolah after raya, Mama and KLong penat giler. Hmm.. Actually AbgYan and KNgah pun penat gak..
Sebab, KLong practice main netball pagi and petang!!
Baru tadika, tapi training dia maaakkk oihh.. macam dah sekolah menengah! huhu

Before this Dura ada sebut yang KLong terpilih untuk main netball kan.
Actually, tu hanya latihan biasa untuk tengok progress any student yang betul-betul layak untuk jadi actual pemain netball. Yang sebetulnya, pemilihan tu bukan untuk pertandingan antara sekolah, tapi mewakili daerah! Amboi! Kan? huhu

DuraNorell Properties! Do Not publish without permisson!
My beloved KLong

Selepas pemilihan akhir depan Guru Besau dia tu, chewahh hehe..
Akhirnya KLong terpilih jadi GS (Gol Shooter). Dua orang kawan dia tu lupa pulak Dura nak tanya cikgu hehe.. KLong jadi GS sebab tingginya tu yang terlebih saiz hehe.. 
Tapi tinggi ke rendah, yang penting, kalau jadi GS, kene aim and shoot betul2, baru ler menang yer dak.. Kalau setakat tinggi, tapi shoot tak pernah masuk, takde harapan juga..
Tapi setakat ni Alhamdulillah.. Dah banyak kali Dura tengok KLong practice, pandai dah dia dengan step kaki and shoot dalam jaring. 

Tapi tu lah.. dengan terpilihnya KLong sebagai wakil sekolah dan daerah, maka kebizian dan kepenatan berganda berlaku hoho

Mana taknya..
Pagi Dura bawa AbgYan hantar KLong and KNgah pi tadika cambese. 
Then kol 9am KLong and member dia 2 orang tu ikut cikgu dia pi practice kat padang sekolah tadika len. KNgah still belajar kat tadika dengan kengkawan len oleh cikgu lagi sorang tu.
So, kalau selalu Dura ambik si Dua Serangkai ni sekaligus kat sekolah jam 12noon tu, la ni kene pi dua arah berlainan. Mula2 ambik KNgah kat tadika, then terus pi ambik KLong lak kat padang tu. Memanglah tak jauh sangat, tapi sebab beza arah, 10min juga nek kete.

Pukul 12.30 noon dah sampai rumah. Pukul 2pm kene pastikan KLong kene ada kat padang semula, sebab dorang sambung practice sampai kol 4pm.
Huaaaa.. Penatnya Mama Yan ni tau..
Paling sian KNgah and AbgYan.. Sebab dah banyak kali, baru je budak2 ni nak tidur, Dura dah kejutkan dorang semula sebab nak ambik KLong kat padang balik rumah.
Nape tak tinggalkan aje? 
Sape nak jaga dua budak ni? Mana ada orang len yang jaga melainkan Dura sendiri. 

DuraNorell Properties! Do Not publish without permisson!
Kiri : KLong baru balik training.. Legap sungguh! Cian nya tgk dia :(
Kanan : KLong yang cerah :)

So, memang setiap hari, pagi dan petang, mengangkut tiga serangkai naik kete ke sana ke mari huhu!
Sampaikan ex babysitter KLong pun tegur, "Penatnya akak tengok kau ni! Turun naik turun naik dengan budak2 ni.. Tak penat ke?"
Maunya tak penat! Tak payah practice kat padang pun Dura boleh kurus. Tapi yang peliknya, tak kurus-kurus pun, cuma badan kering kontang je sebab tak cukup air heheh
KLong lagi ler.. legap kulitnya macam bontot kuali.. Ya ampun!
Kalau anak lelaki tahan lagi.. Ni perempuan! 
Dia pun malas tgk muka dia kat cermin, malu2 je dia nak tgk sebab tau dah hitam legam huhu :)

Tapi tu lah kan..
Nak wat camne, mana-mana pun kene ada pengorbanan juga ler..
Pengorbanan Dura as a mom, jadi ler driver anak2 demi untuk sekolah, masa depan anak-anak juga..
Yang anak-anak pun, terpaksa la juga berkorban masa.. KLong menghabiskan masa kat padang sampai hitam legam kulitnya heheh
KNgah and AbgYan pulak, hari-hari mengekor emaknya hantar and ambik KLong pi training. Jangan sampai masa AbgYan kene masuk tadika nanti AbgYang cakap kat Mama :
"Abg tanak lah pegi sekolah tadika lagi.. Dah boring dah. Asik pi sekolah aje" hahah
Mau kene wrestling dengan Appa nanti ngehehe


DuraNorell Properties! Do Not publish without permisson!
Size kaki KLong yang panjang. Pakai saiz UK3 = EUR36..
Eventho ianya size budak, tapi siyes memang besau untuk budak tadika huhu!
So, sebagai tanda sokongan kat KLong, Appa belikan KLong kasut sukan.. Lagipun masa practice bawah terik matahari dekat sebulan ni, habis pecah2 tapak and kiri kanan kasut sekolah KLong..
Macam tak percaya pun ada!
Actually tak sangka Appa nak belikan, sebab lagi dua hari je final match nya, pastu rasanya dah takde sukan dah.. So, kot2 la pulak kata membazir beli kasut baru..
Tapi Appa kata, KLong ada potensi dalam sukan. So, insyaAllah, tahun depan Darjah 1, biar dia masuk sukan lagi. Pakailah kasut tu nanti..
Dura kata, kot ye kasut tu muat lagi heheh.. Almaklum, KLong tu tinggi terlebih, so kaki pun terpanjang lebih hehe :)

So, InsyaAllah.. Sabtu ni majlis sukannya berlangsung. 
Mama doakan KLong menang. Sebab KLong and team dah berusaha bersungguh-sungguh. Dok bawah terik matahari, semua orang pun kulit dah legap.
Tapi kalau tak menang pun takpe, as long dah usaha yang terbaik kan. 
Just make this one as a start for the bigger one in the future!
Chaiyo!

Labels: ,