Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Whatsapp Messenger

Hi, readers dan customers.. Few days tak update blog. Budak-budak tiga serangkai demam + selsema + batuk. Now, Dura pula batuk.. ohok ohok ohok.. dengar kan, tengah batuk la ni hoho ;p 

Ok, tengah dok tak sihat ni, terkezoot bila tengok kat Whatsapp chat ada warna biru macam kat bawah ni :

Gambar hiasan..
Tapi dua tanda tick biru belah kanan tu lah yang menghairankan, ada apa dengan biru ye? heheh

Selalunya ada dua tanda tick aje, yang tu fahamlah:
1 tick = mesej dah dihantar
2 ticks = meset dah sampai 
(tapi tak boleh agak receiver dah baca ke belum)
Hah, yang ni  jenis biasa kita selalu dapat kan. Takde unsur-unsur biru dikenalpasti dalam setiap meset sebelum ni ;p

Selidik punya selidik, barulah tau, maksud biru tu pula seperti di bawah: 
Baru ler faham, biru tu sekadar nak info sender, mesejnya dah pun selamat dibaca. Tapi kalau receiver tak reply, sama ada tak sempat reply, KIV nak reply atau memang malas nak reply.

Personally, Dura 50-50: agree and disagree. 

Kalau setakat antara ahli keluarga, sangat agree. Especially kat hubby. Selalu Dura bising pasal ni ler. Meset dah bertanda DUA ticks, tinggal nak reply OK je. Tapi hubby tak reply. Bila tanya, dia kata keje dah start, so tak sempat nak baca, maka tak der lah reply. Hmm, memandangkan masa tu tak boleh nak cek, terima dan hadam aje lah labu hoho! So, now, no more excuses ye darling ;p Biru means Read (or Ignored) haha!

Tapi kalau bab business, disagree. Sebab, sometimes, customer rajin Whatsapp tak kira waktu. Sometimes malam pun customer Whatsapp. Kalau soklan pendek, bolehlah jawab sekejap. Tapi kalau tanya apa beza itu ini, apa fungsi itu ini, tak dapatlah nak reply on the dote, esok pagi ajelah baru reply. Tapi kalau dah bertanda dua tick biru ni, boleh akibatkan salah faham yang besar kalau dah baca tak reply. Mesti customer pelik, aikk, dah baca, status Whatsapp pun online, tapi apsal tak reply? Adoyai, big problem la tu kan?

So, cara paling selamat, jangan tengok Whatsapp kalau tak rasa nak reply. Tak pun off enfon bila habis operating hours heheh.. Esok pagi baru on balik. Yang ni buleh digunapakai kalau memang fon dan line khas untuk biz. Takde masalah kalau biz fon off semasa non-working hours kan.

Tapi kalau dah ada satu fon aje, fon tu lah nak call hubby, parents, and receive customer calls, memang tak de cara lain dah. Kalau dah baca, tak sempat nak reply details, jawab aje:
"Maaf, saya bz sket, saya akan reply in details sekejap lagi atau petang ini, atau esok pagi."
Polite lah tu kan? heheh..

Jus Alkali Himax5 (RM59/btl)
Oklah, Dura nak sambung rehat. Baru lepas minum Jus Alkali Himax5. Penawar Sunnah untuk 1001 penyakit. Titiskan aje dalam air masak, InsyaAllah, sihat tubuh badan dan sembuh penyakit. 
Ada sesape nak order? (Iklan jap) 
SMS.Whatsapp.WeChat Dura at 0173640593 eh. Tapi bukan waktu malam hokehh ;p
Assalam.




Labels: