Peluang Terbuka Mendapat Keredhaan Allah SWT Dalam Mencari Rezeki dan Kehidupan Seharian

Gambar Hiasan

Fadhilat Solat Dhuha:

~ Allah SWT mencukupkan segala keperluannya sepanjang hari

Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).


~ Merupakan solat bagi orang yang bertaubat:

 Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mengerjakan Solat Dhuha istiqamah, nescaya akan diampuni dosanya oleh Allah SWT sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan"


~ Pintu yang membawa ke syurga

Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)


~ Tanda kita mensyukuri setiap pemberian dan nikmat Allah SWT dan memohon keberkatan dalam pencarian rezeki dan kehidupan seharian.


MENGAMALKAN SOLAT DHUHA:

Boleh dilakukan sebanyak: 
Minimum 2 rakaat (Tiada batasan rakaat, kebiasaannya dilakukan 2,4, 6 atau 8 rakaat)


Waktu untuk melakukan Solat Dhuha:
Waktu yang sesuai untuk lakukan Solat Dhuha adalah bermula 30 minit selepas waktu Syuruk (Contoh, jika Syuruk 7.30am, maka waktu solat Dhuha adalah 8.00am) sehingga 30 minit sebelum waktu Zohor (Contoh, jika waktu Zohor 1.10pm, maka waktu akhir Solat Dhuha adalah  12.40 tengahari)
*Walaubagaimanapun, paling afdal adalah ketika matahari mula terik sekitar 9.30am.


Cara Lakukan Solat Dhuha:

-1-
Niat:
Niat Solat Dhuha
Sahaja aku mengerjakan Solat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala.


-2-
Bacaan Surah:

1) Ayat Qursi dan Al-Ikhlas, atau
2) As-Syam dan Ad-Dhuha, atau
3) Al-Lail dan Al-Insyirah, atau
4) Mana-mana surah Al-Quran yang anda hafal


-3-
Selepas Selesai Beri Salam, Baca Doa Solat Dhuha

Doa Selepas Selesai Solat Dhuha


**********************

So, Ladies, marilah kita amalkan Solat Dhuha ni. Bukan setakat untuk orang berbisnes aje, tapi tersangat-sangat bagus sebagai amalan harian kita. Kerana setiap daripada kita memohon dimurahkan rezeki, keberkatan dalam kehidupan dan kebahagiaan setiap masa dan waktu kan? So, Solat Dhuha ni adalah amalan sunat yang wajar kita amalkan setiap hari. Bak kata omputeh, it's highly recommended! hihi

Solat Dhuha adalah rahsia untuk umat Islam berjaya dunia akhirat.. Jadi, jika kita OT setiap hari sampai lewat malam, dapat gaji besar berpuluh ribu setiap bulan, bekerja mati-matian untuk cepat naik pangkat, bisnes kencang meeting sana sini sekalipun; tetapi jika Allah SWT tidak meredhai dan memberkati rezeki kita itu.. Maka penghujungnya kita tidak peroleh apa-apa, malahan rasa tidak mencukupi dan perlukan lebih lagi. Tidak cukup duit bila tiba hujung bulan.. Tidak cukup masa untuk laksanakan kerja, rasa seperti kerja tidak pernah habis.. Rasa makin banyak gaji, makin banyak yang perlu dibayar atau dibeli..

Kenapa?
Sebab kita lupa mohon keberkatan dan keredhaan Allah SWT untuk rezeki dan kehidupan kita setiap hari. Oleh itu, cubalah menangi kehidupan yang lebih baik, terurus dan dimurahkan rezeki setiap masa dengan mengamalkan Solat Dhuha setiap hari :)




Labels: