Cara Padam Image Lokasi Rumah Anda Dari Google Instant Street View

Cara Padam Image Lokasi Rumah Anda Dari Google Instant Street View | Duranorell http://dnorell.blogspot.com | Authorized Agent GLAMpreneur

Sejak dua menjak ni agak kecoh juga di facebook bila Google Malaysia umumkan tentang Instant Google Street View ni. Perhaps anda sudah tahu tentang aplikasi ini. Bagi yang tak tahu, Instant Google Street View ni terdapat dalam Google yang berfungsi untuk mendapatkan gambaran dan maklumat lengkap tentang jalanraya, lokasi, kedudukan dan imej sebenar tempat yang kita nak tahu tentangnya. Pendek kata, boleh 'melancong secara online' aje. 

Yang tak bestnya, bukan setakat tempat-tempat pelancongan aje yang kita boleh nampak, tetapi rumah tempat kita berlindung dan berehat pun termasuk sekali dalam google view ini. Sangat tidak cool dan tidak okey for me. Jadi, jika anda pun rasa sama macam saya, tak mahu lokasi dan imej rumah anda terdedah ke serata dunia, anda boleh padam imej tersebut mengikut langkah-langkah di bawah:

-1-
Cara Padam Image Lokasi Rumah Anda Dari Google Instant Street View | Duranorell http://dnorell.blogspot.com | Authorized Agent GLAMpreneur
Taip http://www.instantstreetview.com/ . Paparan seperti di atas akan terus keluar.
Taip alamat penuh rumah anda dalam ruangan kosong tersebut.

-2-
Cara Padam Image Lokasi Rumah Anda Dari Google Instant Street View | Duranorell http://dnorell.blogspot.com | Authorized Agent GLAMpreneur
(Gambar Hiasan)
Nampak tak anak panah merah belah kanan bawah sekali, klik Report A Problem.

-3-
Cara Padam Image Lokasi Rumah Anda Dari Google Instant Street View | Duranorell http://dnorell.blogspot.com | Authorized Agent GLAMpreneur
Klik dan isikan ruangan yang ditandakan anak panah.
Selepas selesai, klik Submit.

-4-
Cara Padam Image Lokasi Rumah Anda Dari Google Instant Street View | Duranorell http://dnorell.blogspot.com | Authorized Agent GLAMpreneur
Sebaik sahaja anda Submit, anda akan dapat mesej ini, tanda permintaan anda sedang diproses.
Anda juga boleh semak email (yang anda guna semasa isi form tadi) untuk mengetahui status permohonan untuk padam lokasi rumah anda.



SELESAI.




*Walaupun ini adalah Google 'Instant' Street View, tetapi bila nak men'delete' rumah anda dari data tu bukan secara 'Instant' juga (hampeh toi)... Sebab tu ditulis, your request is under processing. Tapi, jika tiada tindakan pembetulan selepas beberapa lama, report (by email) ajelah ke Google Service Centre. Google CS akan bantu anda. Pastikan apa yang anda dapat apa yang anda mahu, jangan biar gitu aje. Biar sampai selesai yek!


Labels: