Posts

Featured Post

Gold Coast Malacca International Resort : Tempat Percutian Untuk Keluarga

Image
Pada cuti sekolah baru-baru ini, Dura dan family berkesempatan pergi bercuti ke Melaka. Ini semua plan PakNgah (adik Dura) lah ni. Dah lama dia plan, tapi selalu tak jadi aje sebab asik clash waktu untuk kami sekeluarga. Dengan Maksu yang bakal hadapi exam, dengan PakNgah dan MakNgah yang payah ambik cuti, lepas tu nak tunggu cuti sekolah pulak. Last-last.. dan yang sebenarnya, last minute.. Barulah PakNgah kata, "OK, resort dah booked. So, confirmed kita pi bercuti ke Melaka on 21st March 2017"..  Boleh, gitu??? Haha
Selepas 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, maka sampailah kami di Gold Coast Malacca International Resort. Terus kami parking berdekatan lobi. Banyak je parking kat situ. Sepanjang kiri kanan jalan dalam kawasan hotel tu anda boleh parking tau :)



Then, terus kami ke lobi untuk pendaftaran Di sini, Check-In adalah pada pukul 2.30pm, Check-Out pula pada pukul 12.00 tengahari okes :) Andaikata masa anda sampai tu, belum Check-In time lagi, anda boleh je daftar dan b…

Nasib baik cuti sekolah..

Image
Sebenarnya, KakLong dan KakNgah Dura dah ajar mereka puasa penuh sejak 2 tahun lepas, masa KakLong dan KakNgah belajar di tadika sama-sama. Masa tu, balik rumah je mereka mengadu, kawan-kawan makan kat sekolah. Tapi Dura cakap kat mereka, kalau mereka puasa penuh, bukan setakat Allah SWT sayang, Mama, Appa, Opah dan Atok pun sayang. Lagipun, mereka sekolah berdua, so KakLong dan KakNgah bersemangat lah sikit.
Alhamdulillah, tahun lepas pun mereka puasa penuh. Nenek pun puji KakLong dan KakNgah. "Mestilah puasa penuh, cucu nenek kan dah besar", puji nenek masa beraya hari tu. Tahun ini, mudah-mudahan penuh lah juga, insyaAllah. 
Ini pun nasib baiklah permulaan puasa jatuh pada cuti sekolah. Lepas sahur, solat subuh, boleh sambung tidur semula 😀Dapatlah mereka berpuasa dalam keadaan yang lebih relax dan tenang.  Sebab ini tahun pertama mereka pergi ke sekolah agama. So, memang agak memenatkan, tapi demi menimba ilmu kenelah korbankan masa dan tenaga kan? 😊 Harap-harap, bila…

Happy Birthday Kak Ngah..

Image
Sebenarnya, birthday Kak Ngah ialah pada pertengahan bulan Mei. Kak Ngah pun sejak awal tahun asik dok tanya, "Mama, bila adik punya birthday?". Excited sungguh dia nak potong kek. Tapi disebabkan belum gaji, Dura tunda ke hujung bulan. Tapi, Dura pulak lupa; yang 27 Mei kita dah start puasa. Maka, terpaksa lah 'diawalkan' sedikit nak sambut birthday KakNgah iaitu pada hari Khamis; dua hari sebelum puasa. Itu pun nasib baik PakNgah bek ati nak sponsor sikit.. Kalau Dura sorang, bak kata Amir, "I'm sorry!" Hehehe

Hari tu pula hujan selebat-lebatnya sejak pukul 5pm masa Dura masih di ofis. Dengan meredah jem lagi, pukul 7.30pm baru Dura sampai kawasan rumah. Nasib baik Pistachios Bakery Cake dekat je dengan rumah. So, Dura terus ke kedai tu. Tapi kene redah jem juga lagi. Adui, menguji kesabaran betul, semata-mata sebijik kek😥 Sampai di kedai, pilih punya pilih, berkenan kat Rainbow Icecream Cake. Tunjuk member card, dapat ler beli pada harga member heh…

Hari Mantai Ramadhan

Image
Semalam, Dura tiba di rumah lambat giler. Keluar ofis jam 6.00pm dari Cheras nak balik ke Setiawangsa je, tapi jam 8.00pm baru sampai rumah.. Aduhai.. Mungkin ramai yang balik awal dan nak pulang ke kampung untuk sambut 1st Ramadhan bersama keluarga, maka jem giler jalan yang sepatutnya 20 minit aje perjalanannya. Dura sampai je kat rumah, rupanya Mak dah siapkan rendang daging. Kesian kat Mak kene merendang sorang-sorang. Maka, takde lah Hari Mantai untuk keluarga kami ni sebab kami adik-beradik sibuk bekerja.
Oops, anda tahu tak maksud Hari Mantai? Kalau tak tahu, jangan risau sebab Dura pun 1st time dengar tau! Tu pun sebab member ofis yang kebetulannya memang orang noghori, mulakan cerita pasal Hari Mantai ni. Jangan tak tau, dia siap ambik cuti lagi semalam (Jumaat) sebab nak menyambut Hari Mantai Ramadhan ni bersama keluarga besarnya :) 
Hari Mantai ni merupakan salah satu adat dan budaya orang Negeri Sembilan. Dalam dialek orang Negeri Sembilan, Hari Mantai ni maksudnya Memban…

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Image
Selamat kembali Ramadhan Al Mubarak. Rasa macam baru lagi menyambutnya. Selamat menunaikan ibadah puasa juga kepada seluruh kaum muslimin dan musliman. Semoga tahun ini, ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan lebih diberkati dan diredhai Allah SWT.
Tahun ini juga merupakan tahun pertama Dura berpuasa tanpa Iby. Tapi, disebabkan Dura kini tinggal dengan Mak dan Abah, maka, terubat jugalah rasa sedih di hati ni. Cuma, rasa awkward sikit sebab selalu dura kejutkan Iby bangun sahur. Arwah suka makan kurma, minum air putih dan apa-apa menu yang simple dan ringan. Kali ni, arwah dan takde, tapi dura kejutkan KakLong dan KakNgah pula untuk bersahur bersama-sama. Time raya nanti, entah camne la pula agaknya..
Apa-apa pun, Dura nak cuba manfaatkan bulan Ramadhan Al Mubarak ini sebaiknya. Amin.


#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari #BloggerMalaysia #ParentingBlogger #LifestyleBlogger #MomsBlog #MotherhoodBlog #IbuTunggal #AnakYatim #RamadhanAlMubarak #BulanRamadhan #…

Rezeki dan Takde Rezeki

Image
Kelmarin, member ofis dah viral kan dalam grup whatsapp ofis kitorang, Exec nak belanja lunch keesokan harinya. Almaklum, kan dah nak sambut Ramadhan. Hehe. So, pagi semalam, sampai je ofis, masing-masing cakap nak makan Kenny Rogers. Bos terdengar, tiba-tiba bos kata, "Nevermind, let me pay". Chewahh gitu kan? Tu namanya rezeki la kan? Memula Exec nak belanje, last-last, bos yang belanja kitorang makan. Heheh.
So, dah siap-siap kitorang ambik order, satu jam sebelum lunch; member ofis call Kenny Rogers delivery hotline. Tapi malangnya, hampir 15 minit call, takde orang jawab. Apa lagi, kitorang pun terpaksa lah menghantar dua orang member ofis untuk pergi membeli di outlet Kenny Rogers berdekatan huhu.
Tapi, malangnya.. outlet Kenny Rogers di Leisure Mall tutup la pula. Pergi lagi yang ke outlet kedua, tutup juga! Haish! Biaq betul. Camno ni? Masa dah suntuk sangat dah ni. Tak sempat nak pi cari tempat lain pulak :( Masing-masing punya perut pun dah berkeroncong tak berhen…

Rezeki di Office Baru..

Image
Alhamdulillah, setelah berbulan Dura mencari kerja sejak arwah Iby meninggal dunia; akhirnya Allah SWT makbulkan doa Dura yang satu ini. Rasa syukur sangat, sebab dalam kepala ni selalu je fikir, entah company mana lah nak ambik Dura yang dah 30an ini. Tambahan pula, memang sudah sekian lama Dura meninggalkan jawatan office. Tup-tup.. nak kene cari kerja semula.. Pergghh, dia punya takut nak pi interview tu masih sama macam masa jadi fresh grad dulu hahaha.
Alhamdulillah, kerja di office baru ni so far so good. Syukur, sebab dulu Dura pernah bekerja office, jadi sebarang tekanan tu den boleh hadap dengan baik lah setakat ini.. chewaahhh hehe. Cuma, disebabkan faktor umur, biasalah, den terpaksa lah menggunakan khidmat Yoko-Yoko untuk kurangkan kesakitan di belakang badan, pinggang dan leher ini. Almaklum, dah sekian lama jadi surirumah, tiba-tiba kene menghadap komputer 8 jam, lepas tu tak leh nak baring-baring kejap rehatkan badan macam kat rumah.. hehehe.
Dan Alhamdulillah juga.. Reze…

Kedai Sulam Name Tag di Wangsa Maju

Image
Alkisah.. Selepas tiga bulan bersekolah, barulah KakNgah terima name tag dari cikgu kelasnya. Dura pun sebelum tu asik tanya KakNgah, "Name tag tak dapat lagi ke? Kawan lain pun belum dapat?" .. Dura memang kene tanya betul-betul kat budak-budak ni, sebab kadang-kadang, dorang asik terlupa dan ada masanya, takut nak bertanya pada cikgu jika ada apa-apa soalan di sekolah.
Nak dijadikan cerita.. Boleh pulak KakNgah hilangkan name tag dia hari yang sama dia terima dari cikgu! Tak sempat bawa balik pun tunjuk kat Dura, sebab hilangnya di sekolah. Dura pun hangin lah juga! Ye lah, dah la 3 bulan menunggu, boleh lak KakNgah hilangkan name tag tu. Nak tempah yang baru, kene tempah sendiri kat luar sebab sekolah provide name tag setahun sekali aje.
Nak mencari kedai yang boleh buat sulam name tag ni pun satu hal juga. Jenuh gi kedai baju, takde pulak buat sulam. Google punya google, akhirnya jumpa lah kedai sulam nama ni di Aeon Big Wangsa Maju. Memang dekat je lah dengan rumah.
Mu…